mohamadsaifulyasin.blogsport.com: May 2010

Tuesday, May 25, 2010

Pasif Income – RM1200 sebulan tidak mustahil

Posted by Raja Kamil on 22 May 2010 filed in Uncategorized
Salam hormat;
Jika anda seorang blogger,
anda mungkin pernah terdengan tentang;
Menjana pendapatan dengan blog.
Ianya memang tidak mustahil.
Malah, memang ada sebuah panduan
di luar sana yang mendedahkannya.
Saya rekomenkan, http://www.akuseorangblogger.com
Ok. Anda berblog, kerana anda ingin
kongsikan pendapat anda, pemikiran anda,
apa yang anda nampak dan kerana kebebesan
bersuara.
Dengan stratergi yang betul, anda
berjaya memperoleh sejumlah pelawat
yang konsiten.
Daripada situ, anda mula memperoleh
side income. Pendapatan sampingan.
RM20 ke RM50 sebulan. Mungkin melalui pengiklanan
seperti Adsense, Nuffnang atau Innity.
bersambung….
Yang Benar;
Nawaitu
www.akuseorangblogger.com

Saturday, May 22, 2010

Bagaimana nak elak dari berhutang

Kita telah membincangkan tentang simpanan dan penjimatan. Kenapa perkara itu dibincangkan dahulu? Kenapa tidak bagaimana cara membuat duit lebih setiap bulan?

Jawapannya ialah, tanpa teknik simpanan dan penjimatan anda tidak akan mendapat apa-apa lebihan walaupun anda mendapat puluhan ribu sekalipun. Lebih teruk lagi anda akan terlibat dengan lebih banyak hutang? Pendapatan anda adalah negatif setiap bulan!

Kenapa orang berhutang? Tidakkah kita boleh hidup tanpa hutang? Hutang ibarat penyakit yang menular dalam kehidupan manusia. Mereka inginkan kemewahan yang diluar kemampuan.

Bagaimana untuk elakkan dari berhutang? Dan bagaimana untuk melangsaikan hutang lapuk anda walau seberapa banyak sekalipun?

Langkah pertama ialah dengan mengelak dari membuat hutang baru. Terutamanya hutang-hutang besar melebih RM10,000.

Baiklah kita mulakan dengan bagaimana untuk MENGELAK dari berhutang?.

1. Elakkan dari sebarang kemudahan auto-debit dan pembayaran mudah dan sebagainya melalui kad kredit. Ia terlalu mudah sehingga akan menyusahkan anda satu hari nanti.

2. Elakkan dari berbelanja dipasaraya tanpa senarai barang. Anda akan mula rambang mata dan membeli sesuka hati (lebih-lebih lagi anda mempunyai kad kredit)

3. Jadikan hutang ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan patut dielakkan selagi boleh. Hutang? Hmm.. apa tu? Yang saya tahu hanya TUNAI!

4. Jadikan proses berhutang sesuatu yang sangat rumit bagi anda. Buat senarai jika anda berhutang, anda perlu mendapat kelulusan pasangan anda, ibubapa anda, kawan-kawan, mengeluarkan segala senarai simpanan anda dan apa-apa saja yang anda rasa sukar.

5. Lengah-lengahkan keputusan untuk berhutang. Semakin lambat semakin bagus. Kerana apabila anda berlengah kebarangkalian anda tidak jadi berhutang lebih tinggi.