mohamadsaifulyasin.blogsport.com: April 2010

Saturday, April 3, 2010

KELEBIHAN AIR KOSONG (RAWATAN SECARA ALAMI)


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunya banyak manfaat. Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan, jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

· Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum berus gigi.

· Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

· Selepas 45 minit anda sudah boleh makan dan minum seperti biasa.

· Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum selama tempoh 2 jam.

· Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapao empat gelas sehari.

· Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan Darah Tinggi – 30 hari

2. Gastrik – 10 hari

3. Diabetis- 30 hari

4. Sembelit-10 hari

5. Kanser- 180 hari

6. Tibi- 90 hari

Bagi pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Reff/http://www.eraspiritual.com/index.php?option=com_content&view=article&id=90:kelebihan-air-kosong&catid=45:petua&Itemid=79

BATU SERAI



salam semua... hari ini saya nk kongsi skit, berkenaan batu serai..

BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

( semua batu-batu serai ini akan melekat jika diletakkan pada permukaan cermin. caranya hanya, gosokan pd cermin, kemudian anda akan rasa batu tersebut melekat di permukaan cermin, cuba lah...)