Saturday, December 18, 2010
Emas bekerja untuk kita, huh?....
bye! oh ya lupa pulak, nt sy akan siapkan laporan sy, emas sy boleh bagi 3% sebulan kepada sy, huhuhuhuh... seronok jugak... ok bye...
Friday, August 27, 2010
Teknik Gandakan ASB Anda
Salam kepada sahabat semua,
Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan
jika anda serius untuk memiliki RM200,000 diakaun
ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!
Berminat??
Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun
anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda
mempunyai kerja dan gaji tetap.
Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada
kosong hari ini?
Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman
ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab
ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana
nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.
Tekniknya begini..
Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran
bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu
bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar
RM16,872.00 nih..
Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada
disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman
Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran
sebulan ialah RM394.00 sebulan.
Disini anda gunakan pinjaman daripada Bank Rakyat untuk
bayaran pinjaman tahun pertama ASB loan tadi sebanyak RM16,872
dan bakinya anda boleh simpan untuk topup bayaran bulanan
bank rakyat pula.
Oleh itu anda tidak perlu bayar RM1,406.00 sebulan untuk
pinjaman ASB (bayar daripada pinjaman bank rakyat) sebaliknya
anda hanya perlu bayar RM394 sahaja. Cantik tak :)
Untuk tahun kedua dan seterusnya lagi mudah, dividen yang
diperolehi daripada tahun pertama ASB anda boleh bayar untuk
tahun kedua, bonus tahun kedua utk tahun ketiga dan seterusnya
(anda mungkin perlu top up sikit)
Jadi anda telah gunakan pinjaman peribadi (bank rakyat) menjadi
satu leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar didalam
ASB loan RM200,000.00.
Kita jumpa lagi dengan tip-tip kekayaan yang lain.
Demi Kejayaan Anda,
Mohamad Saiful Md Yasin
Saturday, July 31, 2010
4 Jenis Kelompok
Kelompok Pertama : EMPLOYED = Berkerja makan gaji setiap bulan = Menukarkan masa dan tenaga untuk mendapatkan pendapatan tetap setiap bulan. Anda tidak berkerja, anda tidak dibayar gaji.
Kelompok Kedua : SELF EMPLOYED = Berkerja Sendiri = Masa sendiri, buat kerja sendiri, dapat untung pun sendiri. Memang seronok. Tetapi kalau anda mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu atau sebulan, ataupun anda jatuh sakit dan tidak mampu berkerja, segala kerja atau perniagaan anda pun turut terhenti dan juga tiada pendapatan dalam tempoh anda pergi bercuti itu.
Kelompok Ketiga : BIG BUSINESS = Ahli Perniagaan Skala Besar = Perniagaan sendiri tetapi dengan banyak tangan-tangan orang lain yang menjalankan perniagaan tersebut. Contoh-contoh mudah seperti perniagaan francais, laman-laman sosial, program-program affiliate dsb. Mereka ini boleh pergi bercuti pada bila-bila masa dan di mana saja dan boleh balik mengikut keselesaan masa sendiri, tanpa perlu bimbang perniagaan dan pendapatan mereka akan terjejas atau langsung terhenti.
Kelompok yang terakhir dalam cycle, Keempat : INVESTOR = PELABUR. Mereka melabur di dalam perniagaan-perniagaan kecil dan besar, saham-saham, program-program yang boleh bergerak sendiri atau secara auto-pilot dsb. Mereka mendapat keuntungan yang besar dan berterusan melalui medium-medium ini. Yang paling best, mereka tidak mengeluarkan setitik peluh pun untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan! Ia juga di panggil sebagai pendapatan Pasif/berterusan!
----------------
KITA BERADA DI KELOMPOK YANG MANA.........?
Sekiranya anda sudah berada pada tahap ketiga dan keempat, TAHNIAH pada anda. Sudah pasti anda sudah faham dan sentiasa melihat peluang-peluang yang berpotensi untuk menambahkan lagi pendapatan anda. Dan sudah pasti anda adalah mereka yang bergelar ORANG KAYA YANG BERTAMBAH KAYA!!!
TETAPI, sekiranya anda masih di kelompok pertama dan kedua.. anda masih belum mendapat pendapatan kewangan yang sepatutnya..MASIH BELUM SELESAI MASALAH KEWANGAN dan SUDAH PASTI anda sedang tercari-cari peluang untuk KELUAR DARI BELENGGU KEWANGAN DAN BELENGGU HUTANG yang sedang terpikul di atas bahu anda!!!
BERHENTI DI SINI!! Dan LIHAT kewujudan program yang MAMPU DAN BOLEH MENGUBAH KEADAAN KEWANGAN ANDA DAN KELUARGA ANDA SELURUHNYA!!!!
YA! PROGRAM EKSPRES EMAS&PLATINUM BIJAK MAMPU dan BOLEH MENGUBAH KEADAAN KEWANGAN ANDA DAN KELUARGA ANDA !!!!
LUANGKAN masa anda, dan baca tulisan yang telah kami sediakan di blog ini. Segala-galanya untuk anda dan keluarga anda telah ada tersedia dibangunkan di dalam program murni ini.
HANYA ANDA YANG PERLU CEKAP MELIHAT, MEMILIH DAN BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN!
Selamat membaca, dan sila BERHUBUNG dengan kami di talian yang disediakan di sebelah kanan page untuk info dan pendaftaran.
Semoga anda berjaya!
Wassalam.
Tuesday, May 25, 2010
Pasif Income – RM1200 sebulan tidak mustahil
Salam hormat;
Jika anda seorang blogger,
anda mungkin pernah terdengan tentang;
Menjana pendapatan dengan blog.
Ianya memang tidak mustahil.
Malah, memang ada sebuah panduan
di luar sana yang mendedahkannya.
Saya rekomenkan, http://www.akuseorangblogger.com
Ok. Anda berblog, kerana anda ingin
kongsikan pendapat anda, pemikiran anda,
apa yang anda nampak dan kerana kebebesan
bersuara.
Dengan stratergi yang betul, anda
berjaya memperoleh sejumlah pelawat
yang konsiten.
Daripada situ, anda mula memperoleh
side income. Pendapatan sampingan.
RM20 ke RM50 sebulan. Mungkin melalui pengiklanan
seperti Adsense, Nuffnang atau Innity.
bersambung….
Yang Benar;
Nawaitu
www.akuseorangblogger.com
Saturday, May 22, 2010
Bagaimana nak elak dari berhutang
Jawapannya ialah, tanpa teknik simpanan dan penjimatan anda tidak akan mendapat apa-apa lebihan walaupun anda mendapat puluhan ribu sekalipun. Lebih teruk lagi anda akan terlibat dengan lebih banyak hutang? Pendapatan anda adalah negatif setiap bulan!
Kenapa orang berhutang? Tidakkah kita boleh hidup tanpa hutang? Hutang ibarat penyakit yang menular dalam kehidupan manusia. Mereka inginkan kemewahan yang diluar kemampuan.
Bagaimana untuk elakkan dari berhutang? Dan bagaimana untuk melangsaikan hutang lapuk anda walau seberapa banyak sekalipun?
Langkah pertama ialah dengan mengelak dari membuat hutang baru. Terutamanya hutang-hutang besar melebih RM10,000.
Baiklah kita mulakan dengan bagaimana untuk MENGELAK dari berhutang?.
1. Elakkan dari sebarang kemudahan auto-debit dan pembayaran mudah dan sebagainya melalui kad kredit. Ia terlalu mudah sehingga akan menyusahkan anda satu hari nanti.
2. Elakkan dari berbelanja dipasaraya tanpa senarai barang. Anda akan mula rambang mata dan membeli sesuka hati (lebih-lebih lagi anda mempunyai kad kredit)
3. Jadikan hutang ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan patut dielakkan selagi boleh. Hutang? Hmm.. apa tu? Yang saya tahu hanya TUNAI!
4. Jadikan proses berhutang sesuatu yang sangat rumit bagi anda. Buat senarai jika anda berhutang, anda perlu mendapat kelulusan pasangan anda, ibubapa anda, kawan-kawan, mengeluarkan segala senarai simpanan anda dan apa-apa saja yang anda rasa sukar.
5. Lengah-lengahkan keputusan untuk berhutang. Semakin lambat semakin bagus. Kerana apabila anda berlengah kebarangkalian anda tidak jadi berhutang lebih tinggi.
Saturday, April 3, 2010
KELEBIHAN AIR KOSONG (RAWATAN SECARA ALAMI)
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunya banyak manfaat. Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan, jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
· Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum berus gigi.
· Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
· Selepas 45 minit anda sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
· Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum selama tempoh 2 jam.
· Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapao empat gelas sehari.
· Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan Darah Tinggi – 30 hari
2. Gastrik – 10 hari
3. Diabetis- 30 hari
4. Sembelit-10 hari
5. Kanser- 180 hari
6. Tibi- 90 hari
Bagi pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
BATU SERAI
salam semua... hari ini saya nk kongsi skit, berkenaan batu serai..
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.
Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
Saturday, March 27, 2010
This amazing photo of Earth cost only $750 to take
Hello, Earth! Can you believe that this photo was taken by a man who attached a digital camera to a balloon? Madness.
There’s actually not too much involved here. You take a helium-filled, high-altitude balloon, strap a digital camera to it, and off you go. The camera goes up (that’s 22 miles above the surface of the planet), takes a photo every five minutes, then it comes floating down to Earth on a parachute. A simple GPS, not too different from the one in your car right now, gives the location of the camera when it comes back down.
It’s the space-photography equivalent of macaroni glued to construction paper.
Total cost? Around $750. That’s less than what I spent to build the PC I’m writing this post with. Clearly Robert Harrison, the UK chap who put all of this together, is cooler than I’ll ever be.
Jual Produk Digital di eBay!
strategi menjual produk digital di eBay.
Saya pasti yang anda tertanya-tanya mengapa
perlu menjual produk digital di eBay sedangkan
ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan
untuk menjual barangan seperti dengan menjual
produk fizikal anda sendiri atau dengan menggunakan
dropshipper.
Sudah pasti terdapat banyak cara untuk mendapatkan
sumber barangan untuk dijual seperti di ArtsNow.com
dan juga ChinaVasion.com. Namun demikian, terdapat
sebab-sebab utama mengapa menjual produk digital
lebih hebat berbanding menjual produk-produk lain.
Berikut merupakan beberapa sebab utama tersebut:
- Wang pelaburan yang rendah. Anda cuma perlu
menghasilkan atau mendapatkan sebuah produk
digital sekali sahaja, tetapi boleh menjualnya
berulang-ulang kali kepada pelanggan anda selama-
lamanya. Produk digital yang saya hasilkan 5 tahun
lalu masih lagi memberikan keuntungan untuk saya
sehingga ke hari ini!
- Masalah refund yang kurang. Jarang ada pembeli
yang inginkan refund semula wang pembelian mereka
di eBay untuk sesuatu produk digital yang telah
mereka beli. Maka ini akan mengurangkan masalah
refund anda.
- Cuma penjualan produk digital melalui format
CD/DVD sahaja yang boleh anda lakukan otomasi
100%. Produk-produk lain TIDAK BOLEH! Anda sudah
tidak perlu lagi bersusah payah membungkus dan
menghantar barangan atau perlu berurusan dengan
dropshipper anda untuk menghantar barangan.
Penjualan produk digital di eBay boleh diotomasikan
100% dengan mudah dan anda tidak perlu lagi bekerja
keras selepas itu.
- Jana wang pelbagai aliran. Cuma penjualan
produk digital sahaja yang mampu memberikan anda
aliran wang melalui pelbagai cara. Penjualan
produk fizikal biasa cuma memberikan anda 1 aliran
wang sahaja manakala produk digital boleh
memberikan anda 8 aliran wang untuk menjana
pendapatan. Kesemua aliran tersebut akan
dibongkar di dalam Pakej Automatic eBay Powerseller.
dan banyak lagi...
Friday, March 26, 2010
Tips untuk kaki mlm atau networkers..
salam hormat,
hari ini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk rakan2 kita yang berusha untuk mencapai impian melalui bisnes mlm atau networking,
Perkara Pertama Yang Perlu Anda Lakukan
List down prospek anda (on the sport depan upline anda selepas buat pembayaran.
SMS Power semua prospek anda (rujuk sms power).
Set appoitment dengan prospek (warm market) & upline anda tiga hari berturut-turut (table talk) di rumah anda/mama-mana restoren.
Belajar seberapa pantas ‘handling phone call, prospekting, table talk, marketing plan, closing, key in, top up C P’ (tak tau tanya upline minta upline buat coaching 2 jam).
Hadir EOM & training tak kira di mana, tak kira ada prospek atau tak anda mesti datang!
Beli semua ‘tool’ & material spt vcd traning, majalah media usahawan dll…
Fotostat flyers paling kurang 9000 helai (lagi banyak lagi bagus)
Fotostat kertas marketing plan paling kurang 50set
Tanya apa-apa yang anda tidak faham pada upline/grand upline anda
ps: cukuplah untuk hari ini, semoga jumpa lagi... wassalam...
semoga
Pintasan Jutawan
Salam Hormat,
Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan satu hari
nanti. Walaupun dikocek anda hanya ada RM10 pada masa ini, dengan rahsia ini wang
tidak akan menjadi masalah lagi kepada anda.
Ramai orang yang tidak tahu teknik rahsia ini. Saya berikan satu teknik mudah untuk
sesiapa sahaja untuk melangkah setapak ke arah kebebasan kewangan.
Anda buat apa yang saya tunjukkan dan paling tidak anda tidak akan merana lagi.
Ianya akan berikan anda satu semangat baru untuk lebih menyimpan, tidak boros dan
jadi jutawan. Teknik ini agak senang dan anda mungkin akan ketawa, tetapi ianya
memang berkesan. Percayalah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat satu tabung kecemasan untuk diri anda.
Iaitu, simpanan yang tidak akan anda sentuh langsung melainkan untuk kesihatan dan
keselamatan. K-E-C-E-M-A-S-A-N!
Saya tahu, anda mungkin berkata, tapi Nizam, saya tidak boleh simpan duit sedangkan
banyak hutang yang perlu dibayar! Anda betul, apa logiknya menyimpan wang dengan
faedah 8% setahun sedangan anda membayar faedah kad kredit sebanyak 18%! Tetapi
untuk tabung kecemasan khas ini, ianya bukanlah banyak. Mulakan dengan RM100 sahaja.
Ini yang perlu anda lakukan selepas anda mendapat gaji bulan ini - sebelum anda
belanja walaupun sesen - ialah pergi ke bank, keluarkan RM100 - sebaiknya duit RM100.
Lipat dan selitkan ditempat yang tersorok didompet anda. Jika anda tidak mampu
langsung untuk RM100, mulakan dengan RM20, kemudian RM50 dan RM100 selepas itu.
Itu sahaja. Biarkan duit RM100 disitu selamanya. Jangan gunakan! Hanya untuk
kecemasan sahaja. Contohnya: ribut atau banjir, semua mesin ATM dan kad kredit
tidak boleh digunakan, dan anda mahu membeli makanan. Selain dari kecemasan,
JANGAN gunakan duit RM100 itu.
Duit RM100 adalah tabung kecemasan jangka pendek anda, tetapi ianya juga adalah
peringatan. Satu peringatan bahawa anda sememangnya boleh menyimpan. Dan anda
mampu untuk tidak berbelanja semua duit gaji yang anda terima.
Duit RM100 juga akan menguji nafsu anda. Bolehkah anda menahan godaan untuk
membeli? Pastinya ada satu masa anda mahukan sesuatu dan teringat anda ada duit
RM100 didompet anda. Dengan melawan godaan untuk membeli sesuatu akan menolong
anda dengan tabiat belanja anda keseluruhannya. Jika anda terguna, gantikan duit
tersebut dengan yang baru secepat mungkin.
Kemudian pada gaji seterusnya, oleh kerana anda berjaya menyimpan RM100 didompet
anda dan berjaya melawan godaan berbelanja - mengapa tidak anda menyimpan RM100
lagi diASB atau saham amanah lain setiap bulan.
FAHAMKAN INI - Jika anda menyimpan hanya RM100 SETIAP BULAN diASB dengan faedah
10% setahun, wang anda akan meledak kepada...
>> RM75,000 dalam masa 20 tahun!
>> RM225,000 dalam masa 30 tahun!
>> RM600,000 dalam masa 40 tahun!
Tetapi anda semakin bijak dan mula menyimpan RM300 SETIAP BULAN diASB, wang anda
akan meletup kepada...
>> RM250,000 dalam masa 20 tahun!
>> RM750,000 dalam masa 30 tahun!
>> RM2,000,000 dalam masa 40 tahun! Pehh, 2 juta ringgit!
Sekarang anda tahu cara menjadi jutawan walaupun bermula dengan RM100! Dan anda
merupakan seorang yang paling bertuah kerana mengetahui rahsia kekayaan ini. Dan
yang penting sekali, anda buat apa yang saya tunjukkan dalam surat ini - dan
jangan lupa ucapkan terima kasih kepada saya 30 atau 40 tahun dari sekarang! ;)
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lebih meledak pada masa akan datang.
minat jaming dan menyanyi di rumah?
Salam,
Kalau saudara orang muda tentu saudara minat menyanyi, bermain muzik, buka radio kuat - kuat. Namun ia boleh mengganggu ketenteraman orang di sekeliling. Untuk itu saya ada caranya supaya bilik anda kebal daripada bunyi - bunyian itu iaitu cara paling murah dan mudah dengan menggunakan bekas tempat telur. Ya benar. rakan saya pun guna untuk studio jamming dia. Caranya semudah A, B, C
Kenali diri anda
Sebenarnya Atuk saya yang ajar cara ni kepada saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan-kawan saya.
Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua-tua dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?
Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas.
1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.
Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.
Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.
Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.
Rahsia licik bank dibongkar!
Bank mempunyai satu rahsia licik yang mereka lakukan apa sahaja supaya ianya
tidak bocor kepada orang biasa!
Rahsia ini disimpan rapi oleh ekskutif mereka yang menjadikan mereka kaya raya.
Rahsia ini yang bolehkan orang kaya mencuri daripada orang susah. Walaupun kuasanya
yang tak terbatas, rahsia ini tersembunyi dari pandangan mata. Anda mungkin
sudah tahu tentang rahsia ini, dan anda mungkin tidak tahu betapa ianya membuatkan
bank anda kaya raya (dan anda menjadi semakin susah dan miskin).
Ramai yang mudah terlupa dengan rahsia ini atau tidak terdaya untuk menolaknya.
Jadi inilah masanya untuk anda bertindak. Jadi apakah rahsia ini?
Lebih lama bank berikan anda hutang, mereka menjadi lebih kaya!
Tidak kisah sebenarnya berapa kadar faedah yang bank caj. Kadar faedah yang tinggi
digunakan untuk buatkan anda berhutang lebih lama dan mereka boleh henyak anda
dengan bayaran yang lebih tinggi setiap bulan!
Lihat faedah yang perlu anda bayar apabila anda membuat pinjaman peribadi sebanyak
RM5000 dengan 8% APR, dengan terma yang berbeza.
1 Tahun, Jumlah Faedah: RM219.28
3 Tahun, Jumlah Faedah: RM640.48
5 Tahun, Jumlah Faedah: RM1082.80
10 Tahun, Jumlah Faedah: RM2279.20
Dan ini lebih memeranjatkan! Apabila anda membayar hanya bayaran minima untuk kad
kredit, hutang anda boleh menjangkau sehinga 30 hingga 40 tahun jika anda tidak
berusaha untuk membayar lebih daripada minima yang ditetapkan. Dan dengan kadar
faedah yang tinggi (18% setahun) anda sebenarnya membayar 2 kali ganda daripada
hutang kad kredit yang anda gunakan sebelum ianya habis dibayar.
Seperti yang anda lihat, tidak pelik jika bank menjadi kaya raya. Nasib baik kita
tahu tentang rahsia mereka ini. Apa yang boleh kita buat sekarang?
Saya akan jelaskan caranya pada masa akan datang ;)
Demi Kejayaan Anda,