Friday, March 26, 2010
Pintasan Jutawan
Salam Hormat,
Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan satu hari
nanti. Walaupun dikocek anda hanya ada RM10 pada masa ini, dengan rahsia ini wang
tidak akan menjadi masalah lagi kepada anda.
Ramai orang yang tidak tahu teknik rahsia ini. Saya berikan satu teknik mudah untuk
sesiapa sahaja untuk melangkah setapak ke arah kebebasan kewangan.
Anda buat apa yang saya tunjukkan dan paling tidak anda tidak akan merana lagi.
Ianya akan berikan anda satu semangat baru untuk lebih menyimpan, tidak boros dan
jadi jutawan. Teknik ini agak senang dan anda mungkin akan ketawa, tetapi ianya
memang berkesan. Percayalah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat satu tabung kecemasan untuk diri anda.
Iaitu, simpanan yang tidak akan anda sentuh langsung melainkan untuk kesihatan dan
keselamatan. K-E-C-E-M-A-S-A-N!
Saya tahu, anda mungkin berkata, tapi Nizam, saya tidak boleh simpan duit sedangkan
banyak hutang yang perlu dibayar! Anda betul, apa logiknya menyimpan wang dengan
faedah 8% setahun sedangan anda membayar faedah kad kredit sebanyak 18%! Tetapi
untuk tabung kecemasan khas ini, ianya bukanlah banyak. Mulakan dengan RM100 sahaja.
Ini yang perlu anda lakukan selepas anda mendapat gaji bulan ini - sebelum anda
belanja walaupun sesen - ialah pergi ke bank, keluarkan RM100 - sebaiknya duit RM100.
Lipat dan selitkan ditempat yang tersorok didompet anda. Jika anda tidak mampu
langsung untuk RM100, mulakan dengan RM20, kemudian RM50 dan RM100 selepas itu.
Itu sahaja. Biarkan duit RM100 disitu selamanya. Jangan gunakan! Hanya untuk
kecemasan sahaja. Contohnya: ribut atau banjir, semua mesin ATM dan kad kredit
tidak boleh digunakan, dan anda mahu membeli makanan. Selain dari kecemasan,
JANGAN gunakan duit RM100 itu.
Duit RM100 adalah tabung kecemasan jangka pendek anda, tetapi ianya juga adalah
peringatan. Satu peringatan bahawa anda sememangnya boleh menyimpan. Dan anda
mampu untuk tidak berbelanja semua duit gaji yang anda terima.
Duit RM100 juga akan menguji nafsu anda. Bolehkah anda menahan godaan untuk
membeli? Pastinya ada satu masa anda mahukan sesuatu dan teringat anda ada duit
RM100 didompet anda. Dengan melawan godaan untuk membeli sesuatu akan menolong
anda dengan tabiat belanja anda keseluruhannya. Jika anda terguna, gantikan duit
tersebut dengan yang baru secepat mungkin.
Kemudian pada gaji seterusnya, oleh kerana anda berjaya menyimpan RM100 didompet
anda dan berjaya melawan godaan berbelanja - mengapa tidak anda menyimpan RM100
lagi diASB atau saham amanah lain setiap bulan.
FAHAMKAN INI - Jika anda menyimpan hanya RM100 SETIAP BULAN diASB dengan faedah
10% setahun, wang anda akan meledak kepada...
>> RM75,000 dalam masa 20 tahun!
>> RM225,000 dalam masa 30 tahun!
>> RM600,000 dalam masa 40 tahun!
Tetapi anda semakin bijak dan mula menyimpan RM300 SETIAP BULAN diASB, wang anda
akan meletup kepada...
>> RM250,000 dalam masa 20 tahun!
>> RM750,000 dalam masa 30 tahun!
>> RM2,000,000 dalam masa 40 tahun! Pehh, 2 juta ringgit!
Sekarang anda tahu cara menjadi jutawan walaupun bermula dengan RM100! Dan anda
merupakan seorang yang paling bertuah kerana mengetahui rahsia kekayaan ini. Dan
yang penting sekali, anda buat apa yang saya tunjukkan dalam surat ini - dan
jangan lupa ucapkan terima kasih kepada saya 30 atau 40 tahun dari sekarang! ;)
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lebih meledak pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment